Thursday, November 1, 2007

cinta mekar kembali..

Alhamdulillah..dalam kesibukannya menguruskan hal peribadinya semalam..dia tetap tak lupakan aku..dari pagi sampai ke petang, dia memang sibuk..aku akur semua tu..sms memang kurang..tapi dia call aku tiap kali dia nak buat sesuatu..walaupun dalam hati aku rindukan sms dia tapi aku tak tergamak nak nyatakan semua tu memandangkan dia sibuk..tapi yang nyata nya..tiap kali aku nantikan sms dia..pasti tak lama lepas tu sms dia masuk..macam dia dapat rasakan getaran dan rintihan hati aku..itulah uniknya cinta kami..


btw, sikit demi sedikit perubahan aku dah buat..aku kurangkan sms dia..kalau dulu aku nak pergi n balik kerja aku sms dia..tapi semalam aku tak buat cam tu..aku just nak uji dia..ternyata dia sedar akan perubahan tu..then bila dia nak balik semalam..dia call aku..dia tanya aku,kenapa dah tak sms hantar laporan situasi kat dia..kat situ aku dapat baca hati dia yang sebenarnya..zahirnya dia tak lihatkan..tapi batinnya bergelora menantikan semua tu..saja jer dia cover agar tak nampak yang dia nak excited actually...bila aku tanya, tak rimas ker dengan sms2 aku macam tu..dia menafikan!! dia perlukan semua tu...!! actually aku bersyukur sebab dia support sepenuhnya kursus yang aku nak pergi ni..menampakkan kesungguhan dia dalam hubungan ni. dari pada kursus sampai la tentang perukaran aku ke K******N. dia sokong sepenuhnya.sampai dia minta tolong kat kawan dia..thanks a lot sayang!!.kalau aku pergi kursus tu yang mengambil masa 1 tahun, dia JANJI akan tunggu kepulangan aku bersama kejayaan tu..sebak juga rasanya bila dengar kan janji nya..ini soal masa depan aku..tapi dalam hati aku tetap rasa aku mahukan kedua2nya sekali..kejayaan dalam hidup dan kejayaan aku dalam hubungan ni dengan dia..Ya ALLAH! bantulah aku..


mungkin macam ni yang dia mahukan..cool n steady but sometimes kena faster sikit..nampaknya aku kena pandai mainkan peranan aku sendiri..mencorakkan hubungan ni dengan warna warni ciptaan aku sendiri..dia sebagai pihak yang menanti hanya mahukan semua ni berjalan baik dan lancar..banyak pengorbanan yang aku harus buat demi mencapai semua ni..terpaksa makan hati demi jaga hati dia..takpa..aku pasrah..kalau ni yang deah tertulis untuk aku..aku terima dengan redha..yang pasti aku sekadar mahukan pulangan yang berbaloi untuk masa depan hubungan ni...KESETIAAN DAN KUJUJURAN dia dalam segala hal!! itu jer pulangan yang aku mahukan..


sebelum tido pun semua ok..alhamdulillah..rasa bahagia menyelubungi aku semalam..lengkap rasanya semalam untuk aku..terma kasih sayang atas segalanya!!pagi ni..aku bangun awal dari dia..then aku kejutkan dia..btw, aku tak tahu yang dia tak kerja hari ni..maybe rancangan tu timbul bila fajar menjelma..hehehehe...ye la..semalam masa dia call aku, dia tk cakap pun nak cuti..then bila aku sms nak g kerja, dia reply dia cuti hari ni coz nak g hospital..ermmm..aku paham semua tu..lagipun maybe dia nak buat preparation untuk kursus dia from thursday till sunday kat KDSK. .kadang2 aku ni mengada..merengek nak ikut dia..dia kata nanti dulu..depend situasi n timetable dia kat sana..kalau semuanya ok, kedatangan aku diaalu2kan..actually, aku paham..dia pergi bukan untuk main2.tapi untuk masa depan dia..saja jer aku nak test card dia..memang dalam hati aku berputik risau bila dia kesana..demi ALLAH aku katakan tu semua..tapi aku kena selalu think positive yang dia tak kan buat bukan2 lagi..aku mesti yakin atas kejujuran dan kesetiaan dia..Moga kau kan tetap terus setia padaku sayang kerana setiap janjimu tak pernah pudar dari hati ini!


sesungguhnya, risau, cemburu dan wasangka yang terbit di hati ini adalah lahir dari perasaan sayang cinta dan kasih yang cukup dalam terhadap dirimu yang satu..tiada duanya..sayang! mengertilah semua ni..agar kau tahu yang aku benar cinta padamu!!

No comments: