Friday, November 2, 2007

dilema..

Semalam memang hari sibuk dia..perjalanan yang agak panjang, ditambah pula dengan kesibukannya menguruskan penginapan dan pendaftarannya, menjadikan hari semalam agak sepi buat aku.aku cuba terima hakikat tu.nyata boleh!! walaupun hakikatnya aku sering memikirkan tentang dia sampai timbul perkara2 negatif, aku cuba tutup dengan fikiran positif..entahlah, aku tak tenang bila dia berada jauh dengan aku..sigh!!


Lepas settle semua urusan, b4 tido dia call aku..semua ok katanya..stay kat KDSK but sorang coz roomate dia org shah alam jer..posibility aku nak datang sana jumpa dia tinggi..dia kata, esok dia decide depend time table dia kat situ..aku paham, actually dengan seminar then exam ..dia agak sibuk.mana ada masa nak dia luangkan untuk aku kalau aku kesana..tapi hati...hati yang rindu ni..gila betul laa....tak tahan aku nak tanggung semua ni..


so pagi ni, dia bagi tau aku leh datang..dah semalaman aku fikirkan dari setiap sudut..macam mana dia nak spend time untuk aku, nak arrangekan masa bila aku tiba sana nanti, nak lepas rindu lagi...semua tu aku kena ambil kira..bagi dia mungkin takda masalah..tapi aku tak nak bila aku datang sana, semuanya jadi hambar dan dingin..aku faham dia sibuk tapi nanti kesibukkan dia membuatkan aku sendiri terasa dibiarkan keseorangan. jadi percentage aku nak kesana tu dah kurang dek kerana effect2 yang akan timbul nanti..dari aku makan hati kat sana, baik aku ambil satu keputusan yang mana ianya tak akan mendatangkan masalah dihari muka..


ye la...faham2 la..nanti bila dia busy dengan tugas dia ofcoz dia kurang masa nak melekat ngan aku..tau2 jer la..kami ni kalau dah jumpa macam belangkas. so bila dia busy dah tentu dia tak boleh nak buat macam selalu..nanti aku gak yang terasa hati..so aku kena ambil tindakan yang matured..btw, aku nak request tadi tapi bila aku kenangkan semua ni.terus aku cancel sebab kalau aku requst tapi tak jadi pergi..so rugila requestment aku tu..banyak pekara yang aku nak bincangkan actually bila jumpa dia nanti..about kursus aku yang nak kena hantar tak lama lagi ni..due date minggu depan bro!! so aku kena discus dengan dia tentang ni...org kata tu bukan nak jumpa sesaja sangat..nak bincang soal future..nak bincang pasal pertukaran aku..nak bincang pasal rumah yang aku nak beli tu..seua tu aku kena discus dengan dia coz he's part of my life now!!harap dia sedar betapa pentingnya dia dalam hidup aku sekarang!!


now, dia busy dengan kuliah coz kalau tak esok, lusa la dia exam..aku doakan moga dia berjaya dengan cemerlang!..aku kata kat dia, b4 solat jumaat ni..kalau dia rasakan nak aku hadir menemani dia kat sana, just tell me the truth..on the sport aku kan terbang kesana mencari dia..itu decision yang aku buat..aku ambil risiko, dengantak requestnya..kalau dia nak aku datang, no matter what, aku kan pergi jugak!! tak kira la risiko apa pun yang bakal menanti, aku akan terima..tapi mohon pada ALLAH..moga selamat semuanya! btw, aku tunggu respon dari dia after dia abis kuliah tengahari ni..


hati tu memang nak jumpa sesangat..rindu ni tak tau la nak cakap mcm mana dah..cuma kebelakangan ni, aku cool down.tak nak over desperate macam dulu lagi..takut dia rimas..nampaknya, hari demi hari aku makin selesa dengan cara ni..perlahankan kayuhan then laju then perlahan balik..aku teruskan dengan cara ni coz aku nampak, memang dia inginkan yang sebegini..kalau tak kesampaian aku nak jumpa dia minggu ni, maknanya terpaksalah aku tunggu 3 minggu lagi baru leh jumpa..aku tak tau apa yang bermain difikiran dia sekarang ni..harap sama seperti aku!!


apapun aku tunggu jer la apa keputusan yang dia buat..kadang2 dia tu suka decide last minit gak..ermm..takpala..buruk baik dia, dia tetap hak aku sampai MATI!..

sayang!! do something please...i miss u very2 so mmmuuucchhhhhh!!! please..........

No comments: