Friday, April 27, 2007

segalanya mungkin


Dah hampir seminggu berlalu. Segalanya dah berakhir.antara aku yang berjaya atau dia yang berjaya..aku pun tak pasti. Yang pasti aku berjaya untuk ubah segala rasa yang aku ada pada dia. Mungkin kerana apa yang aku perkatakan pada dia dah buat dia hilang segala2nya. Mahu atau pun tidak dia terpaksa akur dengan pendirian aku. Harus terima apa jua yang aku putuskan. Bvukan niat aku untuk berlaku kejam tapi sekadar untuk memuaskan hati dia. Biar dia puas dengan setiap keputusan yang aku dah buat.

Dah berkali2 aku beri dia peluang tapi still aku rasa apa yang aku dah beri seperti dipandang remeh dan langsung tak dihargai. Mungkin kalau sekali dua, aku boleh pejam mata tapi masuk kali ketiga..dia still tak boleh nak decide so wat can I say?..aku sendiri yang decide n final decision yang aku dah buat ni aku yakin tak merugikan apa2 pun samaada bagi pihak dia atau pun aku. Cuma sekadar upset sikit la dengan apa yang berlaku.

Actually aku sendiri perkara seperti ni terjadi. Tapi mana mungkin..sampai bila aku nak makan hati jer..aku dah give up!! Coz Selalu sangat aku beri peluang pada org lain. Cuba untuk jadi yang terbaik untuk mereka tapi akhirnya aku sendiri yang parah luka berdarah. Sikit pun tak appreciate apa yang aku dah buat. Bukan aku minta lebih pun or dibalas dengan apa2. Cuma nilai n hargai je..that’s enough for me..!!. macam tu pun susah sangat ker..aku pun tak pasti antara dia sengaja butakan mata pekak kan telinga or memang manusia yang takda perasaan..atau mungkin bagi dia 1 pergi 10000 boleh datang cari dia. Ye la..maybe sekarang boleh la dia beranggapan macam tu tapi untuk jangka masa panjang..siapa tahu..manusia!! tak pernah rasa puas dengan apa yang dah mereka miliki. Bila ada depan mata sikit pun tak di hargai tapi bila dah tak da..barulah tercari2 n terasa kehilangan..

Memang berat semua ni aku nak lalui dan aku yakin dia juga alami situasi yang sama. Tapi apa daya aku..kata2 aku tak mampu nak ubah kehendak n kemahuan dia..biarlah. atleast dia dan aku dah tau apa yang sebenarnya ada didalam hati masing2. mungkin masa n keadaan masih tak mengizinkan. Aku tak menyalahkan dia 100%. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa jadi macaam ni yang mana aku sendiri tak pernah tahu apakah alasan2 tu.

Sebelum ni aku cuba untuk pulihkan keadaan..tepis setiap ego aku. Tapi hasilnya..shit!! mula2 tu ok..but lepas 2 3 minggu dah jadi macam selalu. Entahlah..dia sendiri tak pernah beri tahu aku apa yang terjadi. Aku tau dia ada kehidupan dia sendiri dan aku sendiri tak pernah menggangu sosial life dia. Itu hak dia..dan dari dulu lagi..even dengan sesiapa sekalipun, aku tak pernah ganggu sosial life org lain..tak da sekatan n paksaan bila kau berkomitmen dengan aku..masing2 ada hak masing2. so go ahead!!..Cuma sedar diri siapa yang kau ada waktu tu..batasannya tetap ada..sigh!

Sekarang ni yang jadi problemnya..aku je yang buat final decision. Bukan kami. Aku tak tau apa kehendak dan pendapat dia. Aku bukan egocentric. Mesti dengar apa penjelasan dari dia. Sebulat suara. Mesti face to face heart to heart. Baru aku dan dia boleh putuskan satu kata yang betul2 buat antara kami saling berpuas hati. Tak mahu ada dendam antara aku dan dia. Mungkin dia sekarang tengah berkecil hati dengan aku..atas kata2 yang aku dah cakap kat dia tu..Cuma waktu tu aku hyper emosional sikit kot. Ye la..dah banyak kali aku jer yang nak makan hati berulam jantung so bila hati ngan jantung aku dah tak da..aku nak makan apa lagi.?? Terpaksalah akau makan dia…hehehe..tu yang meletup tu..manusia boleh tahan 2 3 kali jer..kalau masuk 4 kali tu..gerenti meletup punya..sorry yerk. biarlah dia calm down dulu..tenagkan fikiran..tak time n bila dah ok biar dia yang cari aku untuk apa jua sekalipun. Apa juga yang dia nak kata waktu tu aku akan dengar, nilai n decide. Masing2 bukan budak2 lagi..dah boleh berfikir secara matang n waras. So kena profesional la dalam situasi yang macam ni.anyway, sorry seems to be the hardest words!!

Akhir2 ni pun dah banyak perubahan yang berlaku pada diri aku. Sengaja aku buat macam nie..bukan aku berubah sebab org lain tapi sebab diri aku sendiri. Lagi satu sebabnya aku dah give up! Aku nak minta maaf pada sesiapa yang terasa..bukan niat aku nak menjauhkan diri or menyisihkan diri dia dari aku tapi hanya untuk beri peluang pada diri aku sendiri untuk menilai kembali setiap langkah serong yang aku dah lakukan ni. Bukan dengan sorang dua tapi dengan semua..sampaikan mereka kata aku dah banyak berubah. Tak macam dulu..susah nak bagi diorang ni paham..nak explain cam mana pun aku tak tau..diorang tak tau betapa complicatednya untuk aku lalui semua ni. Risiko yang aku ambil ni terlalu tinggi..kadang2 sedih jugak sebab terpaksa libatkan org lain dalam hal ni. Cuma beri aku siit masa untuk aku betulkan keadaan ni. Aku betul2 minta maaf tentang tu..

Tak terniat dihatiku nak buang mereka2 nie..sekadar cari kelemahan n kesilapan diri yang mana aku mesti perbetulkan. Nanti semua dah pulih seperti sedia kala aku back to normal la..kawan tetap kawan..sahabat tetap sahabat. Aku tak mahu kehilangan semua tu..mereka2 je yang aku ada saat ni. Aku hargai kehadiran mereka semua dalam hidup aku. Tak da gantinya. Cuma diwaktu aku perlukan sikit ketenangan..nak bersendiri. Walaupun hakikatnya aku tau n aku sedar sebenarnya aku sunyi..actually ni pun dah 60% ok..nak ok sepenuhnya tu tunggu puter raja chub turun dari kayangan bawa penawar hati aku yang luka ni kot..

Ok la..apa2 perkembangan terkini about my self aku akan inform korang k..tu pun kalau korang nak baca n dengar la..kalau tak nak takpa..ni pun just luahan jer..adioss..



Tuesday, April 24, 2007

kerana terpaksa..


“Pergilah rinduku..


hilangkan dirimu..


tak sanggup menanggung derita dikalbu ku..


pergilah sayangku..


bermula semula..


semangat cintaku membara..


kerana dia tiada niatku..


maafkan daku duhai kasih..izinkan ku pergi”

airmata harapan










Doaku agar kau kan selalu bahagia..


Agar kau temui insan tulus menyayangimu..


Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu..


Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa..


Ku tinggalkan memori bersamamu..


Ku undur diri bersama harapan..


Tidak kesampaian cinta kita..


Ku bawa bersama kupendam rahsia..


Ku di kejauhan mendoakan..


Agar kau bahagia tiada lagi duka..


Daku rela mengundur diri..


Ku pasti dikau kan fahami..


Tiada penyesalan kasih ku korbankan..


Andai telah tertulis ku terima ini bukannya kupinta..


Pergilah dikau diiringi keikhlasanku..


Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..


Harapan..




Thursday, April 19, 2007

aku benci dengan rasa seperti ini..


Berat sangat masalah yang melanda aku sejak kebelakangan nie..aku pun tak pasti kenapa jadi macam ni.dah cuba aku tepis semua nie tapi still datang bertimpa2.satu settel satu datang…kadang yang ni belum settel, yang lain pulak datang..nak aku lari dari semua ni, aku bukannya pengecut..biar sepayah mana pun..aku akn terus lalui semua ni.biar harus aku menangis air mata darah sekalipun.tetap akan aku harunginya..

Dulu, aku tak pernah rasa sekerap ni sekali masalah macam ni datang..kalau ada pun dengan pantas semua tu akan hilang dek kerana kebijaksanaan aku mengatasinya.yang nyata menjadikan aku begini kerana ia melibatkan hati2 yang lain.hati2 yang wujud dan sentiasa bersama aku.andainya mereka semua ni tak ada..aku pasti tak akan jadi macam ni.tapi siapa aku untuk melawan kehendak naluri hati sendiri..aku tak suka nak berselindung disebalik bayang2 sendiri.lari dari kenyataan hidup yang sewajibnya aku tunaikan demi kepuasan diri aku sendiri.memang ianya bukan sesuatu yang kekal..tapi itulah yang aku ada buat masa ni.

Mereka2 yang tak pernah nak mengerti dengan semua ni..itu yang paling2 buat aku rasa kecewa dengan mereka2 tu....susah sangat ker nak fahami aku..??susah sangat ker nak mengerti apa yang aku inginkan??..cukup dengan fahami dahulu..itu pun dah seribu rahmat bagi aku..

Aku benci dengan perasaan ni..mendera tangkai hati aku.setiap kali aku terkenangkan semua tu, pasti dada aku akan berdegup kencang..kenapa??aku pun tak pasti..adakah ini yang dikatakan *****..aku tak pernah merasakan semua ni.aku cuba untuk tidak berada didalam situasi itu.lari dari hakikat yang sememangnya harus aku lalui..tapi aku tak berdaya..tersungkur di dada rindu..andainya dia tak hadir dan tak pernah tercipta apa2 aku dan dia, pasti tak kan seperti ini. Sengaja untuk aku berlaku hipokrit.menidakkan kata hati aku.memujuk hati agar tidak menurut perintahnya..katakan tidak andainya kau sendiri dapat merasakan apa yang kau kejar adalah sesuatu yang tak pasti..!!

Sudah berulang kali ku katakan padanya..jangan sesekali terlalu mudah untuk melafaz kata2 keramat..aku benci dengan sandiwara seperti itu..terlalu awal untuk dia meletakkan sebarang harapan dalam cerita ni..seandainya dia sendiri masih tak pasti apa yang dia inginkan dan apa yang dia cari..kau dan aku tetap berbeza.kita saling mencari sesuatu yang berbeza.sebelum telambat…baiknya kita saling kuburkan setiap apa yang pernah terlintas di fikiran kita sebelum ni..Cuma ku harapa agar satu masa nanti, kau tak akan sesekali bertanyakan tentang ni kembali..kerana waktu itu semua rasa yang ada telah pun mati dibunuh oleh penciptanya sendiri..sekadar memperingati kerana pasti akan timbul sekelumit penyesalan mungkin dek kerana kata2 aku sendiri ..

Apa yang pasti..aku amat membenci mereka2 yang hanya tahu menciptakan perasaan rindu dan sayang untukku pada dirinya tetapi mereka akan hilang tinggalkan ku dalam kesepian ketika semua rasa itu sedang elok mekar kembang mewangi tanpa tahu dimana silapnya..kekejaman yang paling aku tak dapat terima!!sigh

Sunday, April 15, 2007

..sampai bila semuanya kan berakhir..


SEANDAINYA…


DAPAT KAU SELAM..


SAMBIL MENTAFSIR..


TASIK HATIKU..


CUMA TENANG DIPERMUKAAN..


DAN DIDASARNYA BERGELORA…


PERSOALAN DEMI PERSOALAN…


MEMBELENGGU AKAL DAN FIKIRAN..


TIDAK KETEMU JAWAPAN..


SEANDAINYA..


DAPAT KU LARI..


JAUH KU PERGI MEMBAWA DIRI..


SEBENARNYA LANGKAH TERKUNCI..


ANTARA KASIH DAN JUGA JANJI..


MENGAPA KAU JUGA YANG KU RINDU..


WALAU SUDAH KU TAHU..


PAYAH BERSATU HIDUP DENGAN MU..


ENGKAU SUNGGUH JUJUR DAN IKHLAS TERHADAPKU..


TAK PERNAH WALAU DALAM SEKALIPUN..


KAU PINTA KU MEMBALAS..


SEMUANYA ITU LAMBANG KESETIAAN MU..


BUKANNYA MENGABURI MATA INI ATAU SEBALIKNYA..


KITA BAGAIKAN PERTARUHAN..


PADA YANG MENYAKSIKAN..


JAUH MANAKAH KITA BERTAHAN..


JIKA KU TERSILAP PASTINYA DIPANDANG HINA..


TERLALU BANYAK SUNGGUH HALANGAN..


TERPAKSA KU TERJAH..


AKU PUN TIDAK TAHU..


APA YANG INGIN TUHAN TUNJUKKAN..


ADAKAH INI DUGAANNYA..


HANYALAH SEKADAR UNTUK MENGUJI SETIAKU..


SEANDAINYA..


HAJAT TAK SAMPAI..


NYAWA DAN BADAN PASTI BERKECAI..


TERTUTUP HARAPAN..


DI MEDAN CINTA..


KASIH INI KITA SEMADIKAN..


..tercipta untukmu..


"...jangan beri gula sebagai pembuka selera


madu pada hidangan pertama


jika hempedu yang disaji sebagai hidangan kedua


dan tuba sebagai pencuci mulut..."


BUKAN MUDAH UNTUK KITA PEROLEHI SETIAP APA YANG INGINKAN.SETIAP SAAT YANG BERLALU BEGITU MENYEKSAKAN.PADA ZAHIRNYA TAK KU LIHATKAN TAPI..YANG MERASA PEDIH SEKSANYA HANYA PADA HATI YANG MEMENDAM.TAK TAHU DIMANA HARUS KU LONTARKAN SEMUA INI.BUKAN TAK SANGGUP UNTUK MENGHARUNGI SETIAP YANG MENDATANG, TAPI KEPERITAN YANG MENANTI ADALAH LEBIH TINGGI NILAINYA JIKA MAHU DIBANDINGKAN DENGAN KEMANISAN YANG BAKAL AKU PEROLEHI ATAS SETIAP KEMUNGKINAN YANG AKAN BERLAKU NANTI..KU HARAPKAN DISAAT INI, MENANTIKAN SESUATU YANG BAIK DAN AJAIB BERLAKU DARINYA..

DALAM SEDAR, TERLALU BANYAK PERKARA YANG PERLU AKU TITIK BERATKAN DEMI MENCAPAI SETIP APA YANG AKU INGINKAN.YANG PASTINYA, ADA RISIKO YANG BAKAL MENANTI..AKU SENDIRI TAK PASTI DIMANA SILAPNYA.PUAS AKU FIKIRKAN.MUNGKIN SELAMA NI DALAM TAK SEDAR,AKU SEKADAR MUDAH MELAFAZ, MUDAH MENERIMA, MUDAH UNTUK SEGALA2NYA..TAPI SEJAK AKHIR2 INI AKU DAH MULA TERBANGKIT DARI LENA KU DAN YANG PASTI AKU TIDAK BERMIMPI LAGI.BANGKIT DARI TEMPAT BERADU YANG PENUH DENGAN KEPURA2AN DAN TANDA TANYA.TERUS UNTUK BERDIRI DAN MENGATUR SETIP LANGKAH YANG AKU ADA SEIRING DENGAN HARAPAN YANG TINGGI MELANGIT DISERIKAN DENGAN JANJI YANG TERPATRI.

MENCARI SESUATU YANG TAK PERNAH AKU KECAPI SEBELUM INI SEKALIGUS NIKMATI SETIAP KEMANISAN YANG ADA DIDALAMNYA.KADANGKALA AKU JADI LEMAH DAN TAKUT DEK KERANA KATA2 MEREKA YANG SENGAJA MENCUAKKAN AKU.TAK PASTI SEBAB APA BERLAKU SEPERTI ITU.SAMAADA CEMBURU..IRI HATI..ATAU KENYATAAN??..SEGALANYA MUNGKIN!!HAKIKATNYA, AKU JUGA TERPAKSA MEMIKIRKAN TENTANG ITU.FIKIRKAN KELEMAHAN YANG ADA, MENILAI DARI SEGALA SUDUT.BAIK ATAU BURUK..YANG PASTI IANYA TETAP AKAN TERSERLAH BILAMANA SEGALANYA BERSATU.DIA SERINGKALI MEYAKINKAN AKU DENGAN SETIAP PERTUTURANNYA. FAHAMI SETIAP APA YANG MAHU DISAMPAIKAN.NYATA KESUNGGUHAN YANG DIPAMERKAN MEYAKINKAN.HEBAT..ANTARA SEDAR DENGAN TIDAK..AKU LEMAH DI PANGKUAN KATA2NYA.

DIPERAKUI SESUNGGUHNYA SEPERTIMANA YANG DI LAFAZKAN ITULAH YANG SAMA SAMA DIIMPIKAN.BUKAN UNTUK JANGKAMASA SEKETIKA TAPI UNTUK SELAMANYA.YANG PASTI SEBELUM AKU KECAPI SEMUA ITU, AKU LUKAKAN HATI SENDIRI LAGI.DIPIHAKNYA, MUNGKIN IA TAK MERASAKAN SEMUA NI.SENGAJA DIA MEMBUTAKAN MATA MEMEKAKKAN TELINGA. SEANDAINYA SAAT AKU BERDUKA BERENDAM AIRMATA DIA HADIR UNTUK MENYAKSIKAN, AKU PASTI KAN GUGUR TITISAN2 MUTIARA JERNIH DARI KELOPAK MATANYA.CUMA PELUANG UNTUK SEPERTI ITU TAK PERNAH HADIR.AKU TAK TAHU SAMPAI BILA HARUS AKU RAHSIAKAN SEMUA NI.MADU BERBAUR HEMPEDU DISAJIKAN UNTUKKU..INGIN KU LUAHKAN SEMUA NI SATU PERSATU KEPADANYA TAPI TAK BERDAYA.SEKADAR MENANTI SAAT YANG PALING SESUAI UNTUK AKU MEMUNTAHKAN APA YANG SELAMA NI TERMENDAK DI DASAR TASIK HATIKU.BIAR DIA TAHU BETAPA PEDIHNYA APA YANG AKU LALUI SELAMA INI TANPA IA SEDARI.PADA ZAHIR,BAGINYA MUNGKIN MENGGAMBARKAN CUKUP BUAT AKU RASA BAHAGIA.TAPI BATINNYA, TUHAN SAJA YANG TAHU BETAPA SENGSARANYA AKU HARUNGI HARI2KU YANG KU LEWATI. APAPUN AKU HARUS SABAR DAN TABAH DALAM MENJALANI APA JUA KEADAAN SEKALIPUN. SELAGI TERDAYA..

TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN..HARUS BUKTIKAN SEGALA YANG TERCIPTA BUKAN SEKADAR KATA2 SEMATA2.TAPI SEGALANYA BERASAS DAN AKAN BERLAKU.SELAMA MANA DIA MENERIMA AKU SELAGI ITULAH DARAH MERAH SEORANG PENCINTA INI AKAN TERUS MENGALIR UNTUKNYA.CUMA YANG KUPINTA, JANGAN SESEKALI IA MEMBUNUH SEGALA RASA YANG AKU ADA PADANYA..AKU TAK SANGGUP UNTUK MENGHADAPI SESUATU YANG KEJAM APATAH LAGI BERLAKU KEJAM PADA DIRI AKU SENDIRI DAN DIRINYA DISEBABKAN OLEH KETIDAKMATANGAN DAN KEWARASANNYA DALAM MENCORAKKAN KEHIDUPAN CIPTAANNYA ITU..SESUNGGUHNYA..TIADA YANG MAMPU MENGUBAH PENDIRIAN AKU SELAGI DIA SENDIRI TIDAK MENGUBAHNYA..

Tuesday, April 10, 2007

..harapan..

"every sunset gives us 1 day less to live..

but

every sunrise gives us 1 more day to hope..

let us hope for a better today n tomorrow."

Assalamualaikum ….

Salam di awal bicara. Dalam kelam sangsi, ingin ku lemparkan resah ini jauh ke tengah lautan, atau ke gunung, atau ke ruang angkasa yang tak bersempadan. Namun ku tahu, ku tak berdaya untuk seperti itu…hanya ku simpulkan resah ini, kuanyam jadi gubahan di hati, dalam debu rasa, dalam seru indera, terpatri sebuah cerita – resah ini anugerah, bahawa ku masih punya rasa…..

Pelangi indah dan menawan, tapi begitu sukar untuk di tawan. Harapan umpama pelangi begitu sukar untuk di penuhi. Sebagai manusia biasa, harapan dan pengharapan itu penting dalam meneruskan perjalanan hidup ini. demi sebuah pengharapan, kita begitu tabah dan yakin untuk teruskan kehidupan. Namun kita kadangkala terlupa untuk memenuhi harapan insan lain. Mengapa jadi begini? Salahkah diri ini? tapi sampai bila kita harus di bayangi rasa bersalah? Mahu ku cari di mana jawapannya…mungkin satu hari nanti kita pasti menemuinya. Mungkin…..

Terluka dan diluka. Kita takkan dapat lari dari semua ni. Sama ada kita yang terluka atau kita yang melukakan – walaupun pada dasarnya itu bukan kehendak kita. Inilah warna – warni dalam persahabatan. Kadangkala kita tersalah tafsir atau mereka juga begitu. Tiada siapa yang sempurna! Semua terserah kepada diri sendiri bagaimana mahu mewarnai hari ini dan esok dengan warna pelangi ciptaan sendiri.
Ada waktunya kita terpaksa melukakan hati insan lain, tapi dalam masa yang sama kita jua lukakan hati sendiri. Bukan kita tidak mempunyai pilihan,adakala tersepit. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kita terpaksa memilih mana yang kita rasa terbaik, diantara yang terbaik itu. Kadangkala apa yang kita fikirkan terbaik untuk kita, tidak semestinya baik jua untuk insan lain. Ada waktunya juga kita terpaksa memilih yang terbaik untuk diri sendiri, dengan niat bukan untuk kepentingan diri sendiri, moga apa apa yang kita pilih itulah yang benar – benar kita inginkan. Walaupun kita tidak tahu sejauh mana ketepatan pilihan kita. Tapi kita ada rasa, ada naluri – yang pasti risikonya tetap ada, harus bersedia dengan segala kemungkinan. Jangan sesekali kita menyesali atas apa yang terjadi. Mungkin rahmat di sebaliknya membuahkan kebahagiaan. Jangan berduka, jangan memendam rasa, jangan pula berdendam pada sesiapa. Bersabarlah menerima segalanya dengan redha…..moga pilihanku kini, tak kan mengundang luka lagi……


Sebuah ungkapan untuk renungan:

“ persahabatan datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah di kecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah di khianati. Kepada mereka yang masih ingin bersahabat, walaupun mereka telah di sakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan. Mungkin tuhan inginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti dan tahu bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu. hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba – NYA.

Yang ku pelajari, persahabatan bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Bersahabatlah seikhlas hati, dengan apa yang ada pada dia, bukan siapa dia dan bagaimana dia sebelum mengenali kita. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keberkatan dari – NYA. Kehidupan kita didunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada ilahi.

Persahabatan………. Akan ku pertahankan ikatan ukhwah ini. akan kubajai dengan kesabaran agar ia akan tumbuh dililiti kesetiaan. Akan ku sirami ia dengan kejujuran, moga akan lahir sebuah keikhlasan. Ingin sekali ku lihat ia mekar persis kembang mawar di pagi hari. Pandanglah dengan mata hati, fikirkan dengan akal dan tafsirlah dengan iman. Insya – ALLAH, hidup mu akan diberkati sahabat….
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Jadilah wahai sahabat, biar sinarmu suram asalkan kekal daripada terang namun seketika cuma….
Disini …..menanti sebuah pengharapan dengan kemilau keriangan, membahang sehangat mentari. Kulihat warna – warna indah di sana, hati kecil ku melonjak, langkah pantas ku hayun, meredah onak dan duri. Demi untuk kesana, adakala perjalanan ini terhenti. Adakala terasa begitu payah untuk diteruskan. Kadangkala ku terkapai di lembah itu, mancari arah pasti. Di mata Cuma terbentang lembah kecil penuh dengan tanda tanya.. Mampukah ku teruskan perjalanan ini?

Duhai sahabat…di bawah redup ini hatiku berbicara. Ketahuilah, wajahmu sentiasa di layar hatiku. Namun ku tetap tidak berani untuk menduga apa yang bermain difikiran mu kini....? Kita pernah berjanji untuk bersama menempuh hari esok. Bagaimana berlari di titian harapan agar segala impian terlaksana. Kita meniti sinar pelangi mencari bahagia dalam persahabatan yang hakiki. Yang pasti dulu, kita pernah rasa bagaimana jatuh dan cuba bangun untuk meneruskan perjalanan ini.
Sesuatu yang kita tidak dapat jangkakan itu yang harus di hadapi dengan seribu kekuatan. Hati sering bertanya …adakah ini yang sudah tersurat atau hanya mungkin satu kebetulan. Ku akur..inilah yang terbaik untuk kita.Dulu….Kita sering mempersoalkan tentang hidup, pilihan dan kehendak hati sendiri. Dalam sedar atau tidak, kejujuran itu makin pudar dan jawapan makin sukar untuk ditemukan. Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati dan hakikat tak pernah seindah apa yang diimpikan..?ku harap antara kita tidak seperti itu…

Bagiku ..pertemuan kali ini amat beerti dan berharga. Ku hargai apa yang ku miliki saat ini. walaupun hakikatnya ku tahu dan ku akui…tiada satu pun kan menjadi milikku nan abadi. Ku juga tahu seandainya selautan janji yang ku lafaz mungkin tak mampu ku galas sepenuhnya..namun ku kan cuba sedaya upaya untuk menyirami setiap janji, moga ia kan terus mekar untuk selamanya….

Dalam paksa ada rela, begitu sukar untuk kita menjaga hati setiap insan yang hadir dalam hidup kita. Indahnya perjalanan hidup ini andai tiada yang terluka, tiada yang tercalar pedih, menangis sedih. Mustahilkah semua ini? tanyakan diri kita sendiri…pasti akan ada jawapannya….
Menjalin….! Harus di akui, setiap persahabatan yang tercipta ini pasti ada hati yang tercuit, ada yang berasa di abaikan, di lupakan, ada hal – hal yang berlaku di luar kawalan kita. Kita tak mampu untuk lakukan apa – apa. Sekadar mampu berdoa agar segalanya kan sentiasa aman, harmoni dan kekal buat selamanya. Moga tiada tangis, tiada air mata kan membasahi pipi apatah lagi kan gugur dan rebah menitis ke bumi. Moga apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk diri kita dan insan – insan yang terlibat dengan hidup kita, mengikut kemampuan kadar yang ada. Di kala ini kita amat mengharap agar semua orang memahami dan mengerti apa yang kita lalui dan harungi….

Bukankah penerimaan seadanya itu amat penting? Bertolak ansur, saling memahami, percaya, jujur dan ikhlas. Kadangkala sesuatu yang mudah menjadi terlalu sukar untuk di mengertikan oleh kerana emosi mengawal fikiran. Biar bagaimana sekalipun hidup dan kehidupan ini, kita harus berusaha mancari dan menyelesaikan apa yang sering tidak kita fahami. Jadilah diri sendiri. Hargai apa yang kita miliki hari ini kerana esok tidak pasti apa yang tinggal untuk kita….
Sahabat….. kau mampu untuk jadi apa yang kau inginkan….asal kau tahu apa yang kau mahukan. Apa yang penting ……ikhlas dan jujur sentiasa..
sahabat ….kehadiranmu dalam hidupku memberi seribu erti, kau penyuntik semangat untuk ku terus melangkah. Ku syukuri pertemuan yang telah mencipta ukhwah ini dan mewarnai dunia persahabatan kita. Akan ku syairkan katamu, akan ku madahkan janjimu, kan ku sematkan dihati segala azimat yang terluah dari bibirmu menjadi coretan gurindam menemani titian perjalanan ini…
Hari ini kupasti ku tiada ragui hati mu. Ingin ku pertahankan sebuah ketulusan. Walau selautan janji yang terpatri tidak menjaminkan kemanisan akan terus menjadi milik kita. Jangan pula kau salah mengerti. Segalanya mungkin….andai takdir memisahkan kita, ku pohon pada YANG ESA, agar memberi kebahagian kepada dirimu sentiasa. Maafkan diriku, andainya dari awal dulu hingga kini ku pernah menyakiti hatimu. Sesungguhnya bukan niatku untuk melakukan sedemikian. Ku jua insan biasa yang takkan lari dari kesilapan dan kekurangan. Terima kasih atas segala apa yang telah kau ciptakan – keikhlasan, kejujuran kesetiaan dan kasih sayang yang telah kau curahkan selama ini.

Ku mengerti apa yang pernah kau alami…parut dihatimu masih terasa pedihnya... Kemaafan mungkin berat untuk di berikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi perlu di ingat….dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Akhir – akhir ini, satu demi satu kisah berlalu…kemudian hadir kembali dengan kemanisan kenangan dan janji. Bagiku seandainya sesekali hati kita di luka….buat selamanya kepedihan itu akan terasa…tetap ku akui ..itu semua ibarat lagu dan irama yang tak mungkin dapat dipisahkan dalam kehidupan orang2 seperti kita..
Sahabat….biar ku menangis kali ini, agar segala kekusutan ini akan segera terlerai. Agar segalanya kembali jernih, untuk ku baiki segala kesilapan diri… cuba menjadi sahabat terbaik untuk mu….moga lara hati ini akan bernoktah di sini …

Hidup ini penuh ranjau, onak dan duri…ada kemanisan, kepahitan yang pasti kan menjadi milik kita untuk ditelan…walau ianya sementara, namun sudah cukup untuk mengajar diri ini agar lebih bersedia, lebih kuat untuk menghadapi dugaan ini. Kuharap…Jangan antara kita ada yang memungkiri janji yang telah terpatri…. Semoga akan sentiasa membawa kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan. Biarpun berjauhan tak kan mudah dan tak akan ku melupakan dirimu, ku kan tetap melangkah bersama KESETIAAN ini…..


Ku siram wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan lalu
Bisakah merubah detik yang lalu
Dari sekadar impian yang kaku
Menjadi impian pasti……

Monday, April 2, 2007

"..semalam yang hangat.."

hhmmpphh....semalam aku seolah2 dikejutkan dari lamunan.antara percaya dengan tidak..tentang apa yang diperkatakan.aku amati betul2 setiap baris kata yang terluah dari bibir dia..samaada aku yang tersilap dengar atau pun dia yang tersilap kata.tapi aku yakin..aku ni bukan pekak.bederau darah bedegup kencang jantung aku mendengarnya..itulah kali pertama aku mendengar pengakuan berani mati dari orang lain..berani sangat dia ambil risiko tu..sampai macam tu sekali tahap pengakuan dia pada aku..huhh..benar atau pun tidak aku sendiri tak pasti.tapi apa yang aku nilai kan seolah2 penuh dengan sinar kesungguhan..harapan...dan cita2..

hari demi hari, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan..tiada cacat celanya..tak seperti mula2 dulu.yang ada kepincangan..bukan senang nak merencanakan semua ni..sebenarnya banyak faktor yang perlu diambil kira dalam hal ni...dan rules yang perlu diikut..itulah sebab ianya jadi sempurna.aku akui..walaupun tak sempurna semuanya..tapi ianya dah cukup setakat mana yang aku nak..aku harap dia pun macam tu..kalau dulu semuanya agar kabur...tapi sekarang tak lagi...makin hari makin menunjukkan nilai2 positif..rasa bersyukur jugak dengan semua nie..semoga akan datang akan membuka lebih besar ruang untuk aku menyelinap ke dalam rongga2 hatinya yang masih kosong dan terus menghuni tetap dan kekal sampai aku bertemu ilahi kelak...semoga akan datang akan terhurai segala kekusutan, terungkai segala keraguan dihatimu..aku sekadar melakukan yang termampu sambil diiringi dengan doa2,harapan dan usaha yang sewajarnya..

apa yang aku harapkan agar segala yang berlaku dan termeterai akan sentiasa segar mewangi dan kekal abadi..dan tak akan layu dan pudar sampai bila2..tak kira la..samaada aku atau pun dia..moga kedua2nya tak akan pernah terlupa dengan setiap apa yang dikatakan..tak akan ada diantara kami yang akan berubah..apa yang terluah dari bibir ..memang mudah untuk melafaz,tapi bagi aku..andainya tak mampu untuk mengotakan dan merealisasikan apa yang dikata..jangan sesekali kita meluah..jangan sesekali berjanji! lebih baik simpan saja niat suci tu..biarlah ianya jadi bara yang tersimpan walaupun hangat membakar...bagi aku, setiap apa yang terluah dari bibir aku..aku akan pastikan ianya akan menjadi kenyataan..aku akan kotakan...aku yang tak pernah akan lupa dengan semua tu..aku yang tak akan pernah ubah pendirian dan berubah dalam apa jua keadaan yang berlaku sekalipun...sampai bila2..biar sepahit mana yang harus ku telan , biar sepayah mana dugaan yang harus ku tempuh sekalipun......namun aku tetap aku...cuam, beri aku sedikit masa untuk aku buktikan semua ini..untuk aku kotakan segala kata2 ku..agar kau akan berpuas hati!!..yang pasti...semalam...adalah semalam yang hangat dan penuh dengan janji2 dan harapan...****end****

Sunday, April 1, 2007

hari2 yang membosankan..

hola guyss!! weekend yang membosankan..dok kat umah..main PS2 sampai berejam2..tinggal tak meletup jer tv n PS2 aku tue..kalau meletup..dengan aku2 hangus..makan, tido, main games..nak pergi gym n jogging barang seround 2 pun tak boleh cozz hujan jer..sejuk lak tu...dah la sengsorang...kalau ada chub kewwrr..elok sangat la..boleh panas2 badan jugak...hisshhh...esok dah nak kerja balik..boss aku pun dah balik.so tak dapat la aku nak melenjan internet sesuka hati aku jer..sigh..btw,aku rasa esok pun busy coz banyak kerja yang harus aku settelkan dalam masa terdekat ni. 2nd group nak ke KK tu aku lagi yang nak kena handle..bosan..balik2 aku jugak..macam dah tak da org lain yang berkemampuan nak handle semua ni melainkan aku kat dalam department ni..naik fedup dah aku ngan semua ni...rasa macam nak resign esok jer..heheh

Dah la duduk kat umah sengsorang..member2 semua pergi mana entah aku pun tak tau..dey olss tu kalau nak merayap bukan nya reti nak bagi tau..hilang macam tu jer..nanti kena tangkap basah ker...mati tepi jalan ker..aku jugak yang nak menjawab coz tak monitor diorang..ni semua nak menyusahkan org la ni..nanti bila mulut aku dah pot pet pot pet diorang tak suka pulak..tapi kalau tak dicakap..macam ni plak jadiknya..fenimm2...yang str8 macam nie..yang bengkok macam ni...aduhh...maigrain merxx macam niee tau kalau hari2 u olss....

Banyak la pulak mesej2 yang aku terima dari org2 yang hidup tapi seolah2 tak pernah wujud dalam hidup aku sejak kebelakangan nie..nak jumpa la..itula ..inila..heeee...rajin pulak tu mesek kat aku...good morning..good night..good afternoon..semua dia ucap...mmoottiifff???dulu masa aku menjanda..masing2 buat tak reti..sekarang nie...bederet2 pulak nak ajak jumpa la..aku plak jadi dalam dilema...nanti kata tak nak..cakap sombong la..jual mahal la..aku pun tak tau nak kata apa..yang aku boleh buat cuma delay jer time tu..kata sibuk la..ada hal itu la..nasib baik diorang tu understanding..kalau tak tentu dah sentap..aku ni bukan apa..tak nak la hilang kengkawan kan sebab benda2 macam nie..next time..next time..next time...entah bila masa nak jumpa pun tak tau...lantak la...ada umur..murah rezeki..jumpa la ..thats all!!

Act, aku datang opis malam ni pun nak buat kerja..tapi account aku tak boleh log in..tensen gilerr aku..nampaknya..sok bertimbun2 la kerja aku pepagi..atleast bila dah prepare malam ni tak la aku terlompat2 esok pagi..tapi bhhiinnaattaanngg tu tak boleh log in pulak..suka betul menyusahkan aku la...nampaknya sok kena la aku datang seawal mungkin...jgn tak sedar esok pagi sudah la..k arrr..aku pun nak balik n tido awal..banyak lagi kerja aku nak buat..c ya arounddd...muahhaahhaahhaa!!